Sunday, January 16, 2011

++ Bayi Terkecil Di Dunia ++

Kecil sungguh bayi ini.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa membenarkan bayi sekecil ini dapat hidup walaupun baru berusia 22 minggu.
Amilia Sonja Taylor, dilahirkan pada 24 Oktober lalu selepas hanya berusia 22 minggu di dalam kandungan ibunya.
Bayi ini sudah tak sabar lagi hendak melihat dunia.
Kini anggaran beratnya 4.5 paun.
Pada mulanya doktor ingin membenarkan Amilia keluar tapi terpaksa menahannya di saat-saat akhir.
Semasa dilahirkan ukuran Amilia ialah antara 25-26 inci panjang dan berat 10 aun.
Setakat ini, Amilia merupakan bayi pra matang paling muda yang dapat bertahan, dilahirkan hanya selepas berada di dalam kandungan ibunya selama 21 minggu dan 6 hari.
Bayi pra matang yang dilahirkan sebelum ini berusia 23 minggu.
Purata usia bayi dalam kandungan sebelum cukup matang untuk dilahirkan adalah antara 37 hingga 40 minggu.
Keluarga Amilia sudah tak sabar untuk membawanya pulang walaupun keadaan kesihatan Amilia kurang memberangsangkan.
Dia menghidapi masalah otak, respiratori dan sistem pencernaan. Tapi Amilia mempunyai juang yang tinggi untuk hidup.


Amilia (1 thn) & ibunya..

No comments: