Tuesday, January 11, 2011

Tunai Umrah, Fouziah Gous Mohon Diberi Petunjuk

Diberi kelonggaran mengerjakan umrah tika krew produksi lain bertungkus lumus menyudahkan drama Trilogi Cinta, bagi Fouziah, pemergian kali kedua ini bagi memuaskan keinginannya yang begitu kepingin menunaikan umrah di bulan Ramadhan.

"Waktu dapat tawaran Trilogi Cinta saya mahu menolaknya sebab waktu shooting empat bulan pasti akan menghalang saya pergi umrah. Namun mereka beri kelonggaran dan memahami niat saya. "Dan buat pertama kalinya saya dapat respon yang sangat memberangsangkan menerusi watak Norjinah. Bakat saya menyerlah dalam Trilogi Cinta. Watak ini memberi impak yang kuat sehinggakan terbawa-bawa sehingga ke luar set. Rasa bertuah kerana cadangan saya untuk mengenakan tudung dalam drama ini diterima.

"Sekarang masanya untuk saya memilih watak yang dapat memberi kebaikan kepada kerjaya dan diri. Jika dulu saya akan ambil semua tawaran kerana penting untuk proses pembelajaran. Apa yang penting saya akan elak watak seksi," ujarnya.

Mengerjakan umrah bukan sekadar suka-suka. Panggilan untuk kembali ke Tanah Suci sering mendesak diri. Berkali-kali kesyukuran dipanjatkan atas segala kemudahan yang dikurniakan sepanjang berada di sana.

"Memang puas sangat balik dari umrah. Alhamdulillah tak banyak dugaan, malah perjalanan saya dipermudahkan. Kali ini saya pergi berseorangan, niat di hati nak bawa mak tapi ayah sakit. Banyak juga doa yang dikirim kawan-kawan yang harus disempurnakan. Untuk diri sendiri, saya hanya memohon agar dipercepatkan jodoh, maklumlah umur sudah 28 tahun.

"Sekarang dalam lakonan juga saya banyak tampil bertudung. Saya juga berniat untuk mengenakan tudung namun biarlah niat ikhlas itu datang daripada hati. Saya juga tak mahu bertudung semata-mata kerana berkahwin. Sebagai manusia, kita tahu dosa dan pahala, namun kita semua alpa. Saya mohon diberi petunjuk," ujarnya yang membawakan watak Norjinah dengan berkesan sekali.

Hurm.. Alhamdulillah..
Mudah-mudahan dia mendapat hidayah drpd Allah S.W.T
Amin..

Bagi yang kepingin melihat keayuan Fouziah Gous bertudung dan digandingkan bersama hero Malaya, Rosyam Noor, saksikan Trilogi Cinta setiap Ahad dan Isnin pada jam 10.00 malam hanya di TV1.

2 comments:

De Mois said...

Ala..mana dapat tengok. Orang takde tv kat sini. Hehe..harap dia dapat pakai tudung terus

Tokey Tanah said...

mcm tu laa..
amin..