Wednesday, July 27, 2011

Petua Belajar Cara Betul Mengikut Kefahaman Islam

Assalamualaikum...
Entri cyda kali ni khas buat pelajar sekolah terutama bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti STPM, SPM, PMR dan UPSR.
Petua ni cyda dapat daripada Dr. Nurhisham melalui ayah cyda.. =)
Kenapa melalui ayah cyda ?? Hurm, tak yah tau lah..
Yang penting anda yang sedang membaca ini akan mendapat sedikit petua dari cyda...
^_^ cyda harap anda semua akan suka ye

gambar hiasan


Antara petua belajar cara betul mengikut kefahaman Islam ialah :

1) Membaca buku hanya dalam masa 45 minit dan tidak boleh melebihinya kerana konsentrasi akan hilang jika melebihi lebih daripada 45 minit. Selepas membaca rehatlah lebih kurang dalam 10 - 15 minit. Kemudian barulah menyambung semula membaca buku.

2) Jangan membaca buku sambil makan ! Ini menyebabkan kita hilang focus membaca.

3) Tidak boleh makan makanan segera contohnya : mi segera, keropok segera dll kerana makanan segera mengandungi bahan pengawet yang tidak bagus untuk pembesaran.

4) Tidak boleh makan makanan yang berat selepas pukul 10 malam. Hanya boleh makan makanan yang ringan sahaja seperti roti dll.. Kuantiti yang diambil pula tidak boleh banyak, sekadar mengalas perut sahaja. Kalau nak makan makanan yang berat seperti nasi, makan sebelum pukul 8 mlm ye, ^_^

5) Yang ini khas buat ibu bapa ~ sumber pendapatan yang diperolehi mestilah halal dan bersih kerana ianya akan memberi kesan kepada sesebuah keluarga iaitu keberkatan daripada Allah S.W.T

6) Untuk pelajar sekolah rendah, mereka harus tidur sebelum pukul 10.30 malam. Manakala pelajar sekolah menengah harus tidur sebelum pukul 11.30 malam. Ingat ! samaada mereka siap kerja sekolah atau tidak, mereka harus tidur sebelum waktu yang telah ditetapkan. Setelah itu, bangunlah semula pada pukul 3.30 / 4.oo pagi untuk membaca atau menyiapkan kerja sekolah. Pada waktu tersebut amatlah afdal untuk membaca buku kerana keadaannya yang sunyi sepi membolehkan kita focus pada bacaan kita.

Itu sahaja petua yang cyda dapat.. Sekian dari cyda.. Wassalam =)

Yang penting :

mata ~ focus pada bacaan.

hidung ~ kita boleh hidu apa yang kita baca, bukan hidu buku tu ye.. hehe. maksudnya kita faham apa yang kita baca.

mulut ~ membaca hanya kita sahaja yang mendengarnya.

telinga ~ mendengar mulut membaca dengan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan sehingga tidak mendengar apa pun.

2 comments:

Anonymous said...

tang tdo den kurang setuju..sebb manusia mermerukan masa tidur sekurang kurangnya 6 jam...dan maksimum 8 jam....so sapa yg kurang dan lebih almakna mmg cpt mampus..wkakka..so kalau tdo 11.30...nak bgn kol 3/4 pagi..x bagus tuk kesihatan..sb tu owng kata tme study kita study..tme tdo kita tdo...hahha...sbb kalau x ckp masa tdur..kita akn mengalami masalah tumbesaran..dan kalau lebih dtng plak penyakit..so pandai2 lah imbangi masa tdur sbb tu thn jadi waktu malam dan siang supaya kita blh tdo..sekian

from:pak senayan

Anonymous said...

hahhah..pandaila..pak senayan kita ni..apa-apa pun...untuk sorang blogger sorang ni..membantu sangat