Thursday, October 6, 2011

Inginkan bibir menawan ?? Sini ada caranya

Assalamualaikum semua...
Whoaaa dah lama sangat tak update... huhu
Today feels so excited
Haha! tak tahu kenape ^_*
Hari ni cyda nak kongsi dengan semua orang bagaimana nak peroleh bibir yang menawan

gambar hiasan

Berikut cyda list beberapa panduan untuk memiliki bibir menawan :

1) BANGUN PAGI
~ Pastinya ramai inginkan bibir yg lembut dan bebas dari sebarang kulit mengelupas dan kering... betul tak ?? so caranya - 'berus' bibir anda setiap pagi dengan berus gigi bayi yang lembut dan kemudian sapukan bibir anda dengan pelembap bibir. Malah sebelum memakai lipstik, anda boleh mengambil kain bersih yang lembap dan dengan lembut gosokkan pada bibir untuk 60 saat. (cyda salu gosok bibir jugak tau.. hehe)

2)
SEBELUM TIDUR
~ Anda perlu memakai krim pelembap pada bibir. Lakukan secara tetap setiap malam dan anda akan bangun setiap pagi keesokannya dengan bibir yang lebih lembut.

3)
SETIAP HARI
~ Cuba untuk hindarkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari. Pancaran cahayanya terdorong untuk menyerap kelembapan bibir anda dan membuatkan ia kering.

Jika anda perlu berada di luar, gunakan lipstik 3 dalam 1, iaitu lipstik yang lengkap mengandungi pelembap dan juga pelindung sinar mentari.


Maka dengan itu sekian lah entri untuk hari ni...
Harap korang amalkan ape yang cyda dah kongsikan nie... Huhu..
ADIOS ! ^_*

Wednesday, July 27, 2011

Petua Belajar Cara Betul Mengikut Kefahaman Islam

Assalamualaikum...
Entri cyda kali ni khas buat pelajar sekolah terutama bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti STPM, SPM, PMR dan UPSR.
Petua ni cyda dapat daripada Dr. Nurhisham melalui ayah cyda.. =)
Kenapa melalui ayah cyda ?? Hurm, tak yah tau lah..
Yang penting anda yang sedang membaca ini akan mendapat sedikit petua dari cyda...
^_^ cyda harap anda semua akan suka ye

gambar hiasan


Antara petua belajar cara betul mengikut kefahaman Islam ialah :

1) Membaca buku hanya dalam masa 45 minit dan tidak boleh melebihinya kerana konsentrasi akan hilang jika melebihi lebih daripada 45 minit. Selepas membaca rehatlah lebih kurang dalam 10 - 15 minit. Kemudian barulah menyambung semula membaca buku.

2) Jangan membaca buku sambil makan ! Ini menyebabkan kita hilang focus membaca.

3) Tidak boleh makan makanan segera contohnya : mi segera, keropok segera dll kerana makanan segera mengandungi bahan pengawet yang tidak bagus untuk pembesaran.

4) Tidak boleh makan makanan yang berat selepas pukul 10 malam. Hanya boleh makan makanan yang ringan sahaja seperti roti dll.. Kuantiti yang diambil pula tidak boleh banyak, sekadar mengalas perut sahaja. Kalau nak makan makanan yang berat seperti nasi, makan sebelum pukul 8 mlm ye, ^_^

5) Yang ini khas buat ibu bapa ~ sumber pendapatan yang diperolehi mestilah halal dan bersih kerana ianya akan memberi kesan kepada sesebuah keluarga iaitu keberkatan daripada Allah S.W.T

6) Untuk pelajar sekolah rendah, mereka harus tidur sebelum pukul 10.30 malam. Manakala pelajar sekolah menengah harus tidur sebelum pukul 11.30 malam. Ingat ! samaada mereka siap kerja sekolah atau tidak, mereka harus tidur sebelum waktu yang telah ditetapkan. Setelah itu, bangunlah semula pada pukul 3.30 / 4.oo pagi untuk membaca atau menyiapkan kerja sekolah. Pada waktu tersebut amatlah afdal untuk membaca buku kerana keadaannya yang sunyi sepi membolehkan kita focus pada bacaan kita.

Itu sahaja petua yang cyda dapat.. Sekian dari cyda.. Wassalam =)

Yang penting :

mata ~ focus pada bacaan.

hidung ~ kita boleh hidu apa yang kita baca, bukan hidu buku tu ye.. hehe. maksudnya kita faham apa yang kita baca.

mulut ~ membaca hanya kita sahaja yang mendengarnya.

telinga ~ mendengar mulut membaca dengan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan sehingga tidak mendengar apa pun.

Sunday, July 17, 2011

~ Pamukkale ~

Assalamualaikum..
Hari ni post cyda tentang Pamukkale..
Apa itu Pamukkale ??
Pamukkale ialah nama sebuah tempat di negara Turki.
Pamukkale ini kalau tengok dari jauh seperti diselaputi salji.. Tetapi tidak sebenarnya !!



nampak macam salji kan ?? menarik !



Pamukkale, yang bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turki, adalah sebuah laman semula jadi di Negeri Denizli di barat daya Turki.
Ia dikatakan terjadi kerana berlaku gempa bumi.
Lalu ia digelar 'istana kapas'.
Setelah dikaji, ia mengandungi kalsium dan mineral..
Air yang mengalir ialah air panas yang bagus untuk kesihatan.
Pamukkale diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia kerana bentuk dan fizikalnya sangat menarik dan ianya sangat bermanfaat..
Subhanallah !! Sungguh menarik sekali..
Inilah ciptaan Allah pada kita..
Ianya sangat indah dan menakjubkan..
Sebelum cyda undurkan diri, cyda sediakan gambar tambahan di bawah..
Adios ^_*


*Opps !! lupe nak bagi tahu, memakai kasut di dalam air adalah dilarang..





Subhanallah ! menakjubkan



kt bawah tu kolam buatan manusia..
yg tghnye ade rumput hijau tu



air panas



tak sangka wujud tempat macam ni.. O.o



Pelawat dilarang memakai kasut untuk melindungi deposit.



kaya dengan kalsium dan mineral



macam salji kalau tengok dari jauh

Thursday, July 14, 2011

Puisi Dari Seseorang Untuk Seseorang

Aku mengerti bahwa kamu bukan untuk kehidupanku saat ini

Tapi mengertikah kamu, berpisah denganmu telah membuat hatiku terluka

Aku tidak akan berharap lagi suatu saat kamu jadi milikku

Aku mengerti akan kehidupan barumu disana, dan akan kubiarkan

Hanya akan menjadi kenangan bagaikan lukisanmu tertancap dalam hatiku

Kamu telah melangkah jauh dari kehidupanku seperti nyanyian malam dalam hutan

Tapi mengertikah kamu, kebaikanmu saat itu seperti lautan biru tertidur menyejukan

Dan Aku mengerti, sekarang aku sudah tidak merasa perih lagi

*Lembur Kuring

Tuesday, March 8, 2011

R2 the best... I like !!!

R2 minggu ni memang lawak..
Cyda suke lawak diorang..
Hope korg pn suke jugak ye..
Layanzz jom :DD


Ada aku kesah... !!!

Haa..
Tajuk raja lawak minggu ni.. ADA AKU KESAH ??
Waa.. i like !!!
Nampaknya lawak dia kali ni memang betol2 lawak..
Jom layanzz.. :DD


I love U... !! Just beat it.. !!! HAHA

Salam semua..
Agak lama cyda tk update belog..
Rindunya pda teman2 belog.. huhu
Haa.. video kat bawah ni rancangan favourite cyda
Coz.. cyda sukakan lawak komedi
Contohnya raja lawak ni laa
Boleh hilang tension bila tengok diorang buat lawak..
Apepun.. jom kite layanzzz sje ea
Avios!!! ^_^


Wednesday, February 23, 2011

Aku lupe laa.. !!

Salam semua..
Cyda suke la tgk si Najmi ny..
Memg lawak gler laa..
Jom kte layanzzz sje..
Oops, hope korang suke ea..
Enjoy this show k..
Anyo aseyo ! ^_^

Saturday, February 5, 2011

~ Ana Raffali Semakin Dibenci ??? ~

Salam semua..
Erm.. Hari ni Cyda nk cerita la sket tentang ana raffali..
Cyda kesian laa kt dia..
Yela, lepas dia menang AJL
Ramai orang tk suke kt dia..
Malah lagi benci kt dia..


Comel orangnya..

''Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini.

"Sejujurnya, saya tidak tertekan dengan perkara ini, itu semua hak mereka untuk memberikan pendapat, tapi hakikatnya juri-juri profesional telah pun memberikan kemenangan ini kepada saya. "Selepas menang, saya lebih yakin dengan kemampuan saya menulis lagu, dan ia bagaikan memberi lesen yang besar untuk saya bergiat aktif dalam mencipta lagu,"jelas Ana Raffali yang tercalon tiga kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan datang.

Hurm.. tak habis dengan itu
Dia dikatakan mula besar kepala oleh sesetengah pihak yang terpaksa menunggunya lama sewaktu siri jelajah AJL yang lepas. ..
Menurut Ana semua yg dikatakan tu adalah tidak benar & cuba nak menjatuhkan dia..

"Saya tidak lambat seperti yang dilaporkan oleh sebuah media beberapa hari yang lepas, mereka menulis saya telah membuatkan ramai artis terpaksa menungu di dalam bas kira-kira sejam lamanya, sedangkan hakikat sebenar mereka hanya menunggu saya lebih kurang enam hingga tujuh minit.

"Saya hairan, kenapa ramai yang seakan-akan cuba menjatuhkan saya sedangkan saya tidak pernah cuba untuk menyakiti sesiapa.

"Orang memperkatakan perkara yang tidak benar tentang saya, ia seolah-olah mencerminkan diri mereka seperti individu yang tidak beradap. Sejak kecil saya diajar cara menghormati orang lain, jadi tidak mungkin saya sengaja menyusahkan orang ramai dengan perkara sebegini,"luah Ana Raffali.

Begitulah kisahnya..
Cian la kt dia..
Even tk suke lagu dia pun
Tak perlu laa buat sampai cmtu skali..
Ish3..

Ana tercalon dalam tiga kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk tahun 2010..
Dia tak menaruh harapan terlalu tinggi..

"Tercalon dalam tiga kategori sudah cukup memadai bagi saya, memandangkan usia saya dalam industri ini terlalu muda jadi saya tidak berani meletakkan harapan yang tinggi.

"Semua yang tercalon sangat-sangat berpotensi untuk menang, jadi saya tidak mahu terlalu berangan jauh kerana jika tidak berjaya ia akan menyakitkan saya sendiri,"jelas Ana Raffali.


Owh.. bgs la tu..

Cyda suke lagu dia.. Menang kalah adat pertandingan..

Huhu.. Avios ! :P

Wednesday, February 2, 2011

::: Petua Cantik Cara Dulu ::: (_Sambungan_)

Salam..
Oke, hari ni cida nak sambung entri tentang petua nak cantik..
Jom layanzzzz.. ^_^



1) Mandi bunga, itulah amalan wanita yg sering digunakan. Ia boleh menyegarkan & merehatkan badan. Hanya gunakan 7 jenis bunga seperti bunga melati, melur, mawar, tanjung, cempaka, & lain-lain.. Letakkan hirisan limau purut & limau nipis untuk menambahkan keharuman...

2) Ambil kunyit sebesar ibu jari, tumbuk & ambil air perahannya. Sapukan ke seluruh muka. Lakukan 3kali seminggu.. 2 bln sebelum kahwin bagi yg nak kahwin je ye.. Ini untuk menaikkan seri wajah bakal pengantin..

3) Bagi wanita yg ingin mendapatkan rambut yg berkilat & tak mudah beruban. Gunalah minyak kelapa yg dimasak dengan daun kermak. Lumurkan pada rambut semalaman..

4) Kejelitaan wanita jugak boleh dikekalkan dengan mengamalkan makanan berulam.. Daun cekur. ulam raja, daun selom, peria & sebagainya lah.. Boleh dijadikan santapan harian..

Itu saje lah yg dapat dikongsikan.. If ada lagi, nanti cida akan kongsi dengan korang ye..
Dont worry.. hek3.. Oke lah, sekian untuk hari ni.. Avios !

::: Petua Cantik Cara Dulu :::

Salam semua..
Hurm.. dh lme cida tk update blog..
Yela.. busy la katakan.. huhu
Hari ni entri tentang petua nk cantik
mengikut cara dulu-dulu..
Jom ketahui secara lanjut.. layanzzz



1) Utk menegangkan kulit, korg hnya perlu menggunakan putih telur yg disapu di muka. Ini mcm masker la..

2) Kalau nak berat badan yg ideal, ambil air drpd campuran 2 biji lobak merah & sebiji timun.
Kemudian letak bersama perahan sebiji limau nipis. Amalkan 2kali sehari ye..

3) Utk menegangkan payu dara, amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur..

4) Utk menghaluskan kulit, amalkan minum air perahan epal, tomato, & oren setiap hari..

5) Serbuk beras pulut @ beras pulut hitam amatlah sesuai utk menanggalkan sel kulit mati & mengurangkan parut, serta memutihkan kulit wajah & jgk badan..

6) Lendir daun bunga raya & lidah buaya sesuai disapu pada kulit kepala utk menyejukkan & mengelakkan rambut gugur..


Itulah antara petua nak cantik secara tradisional.. Gunalah cara ni.. Ianya lebih selamat.. Sekian utk hari ini.. Ada banyak lagi petua-petuanya, jadi teruslah stay dengan cida ea.. Avios ! :D

Tuesday, January 18, 2011

++ Babi Berkepala Manusia ??? ++

Salam semua..
Entri hari ni tentang babi berkepala manusia
Mlssss nk mukadimah
Jom layannzzzz saje laa

Kiri : babi berkepala manusia Kanan : babi berkepala monyet

Pernah suatu ketika dulu warga sebuah kampung di Indonesia menjadi heboh apabila seekor ibu babi ternakan penduduk kampung itu telah melahirkan anak babi berkepala mirip manusia, manakala seekor lagi berkepala seperti monyet.
Lagi 2 ekor anak babi dilahirkan normal. Kejadian ini adalah kali yg pertama dialami mereka.
Ramai yg dtg utk menyaksikan peristiwa anak babi dilahirkan berkepala mirip manusia.
Anak babi yg berkepala seperti kepala manusia itu tampak bentuk kepalanya bulat & berwarna kulit putih.
Anak babi ini memiliki mulut & 2 telinga seperti manusia namun tidak mempunyai hidung & mata.
Bahagian badan & kakinya seperti anak babi normal, hanya tidak memiliki dinding perut sehingga organ dalam perutnya termasuk hati & jantung terburai keluar.
Akibat keadaan anak babi yg demikian, ia mati setelah beberapa jam dilahirkan.
Sementara seekor anak babi yg lain berwarna kulit hitam tapi bahagian kepalanya menyerupai kepala monyet.
Pada bahagian dahinya terdapat tompokan berwarna merah.
Bahagian lain anggota badan kelihatan normal seperti yg lain.
Anak babi berbentuk kepala seperti monyet ini masih hidup..
Sementara 2 anak babi lainnya hidup normal & dibiarkan menyusui ibunya di kandang yg diperbuat dari dinding kayu.
2 anak babi yg tidak itu semuanya jantan.
Pemilik babi, Roreju menjelaskan, ia memelihara ibu babi sejak thn 2006.
Dan ini juga adalah pertama kali ibu babi itu melahirkan anak babi.


Lebih dekat : babi berkepala monyet
Allo.. allo.. bisa nggak bapak msuk gambar sekali ??
hehhe.. iya-iya laa bisa pak..
kui3x.. (^_^)

Potret Mistik

Salam semua..
Entry hari ni mengisahkan tentang potret mistik !
Hurm.. ade ape dgn potret mistik tu ????
kenape ianya dikatakan potret mistik ????
Nak tahu jawapannye.. Jom layannzzzz saja

Sesetengah orang amat berhati-hati semasa memilih lukisan utk digantung di dinding rumah.
Bukan saje lukisan yg dibeli tu cntik, malah harga pn mestilah diambil kira..
Memliki lukisan yg berlatar belakangkan pemandangan menarik n sedap dipandang mestilah org yg tgk rs damai je..
Apalagi kalau diletakkan di sudut yg sepatutnya.. Mestilah menarik kan ??
tapi.. mcm mne pula sekiranya anda memiliki sekeping potret yg berwajah hodoh & menakutkan ????

Pernah dgr lukisan potret berhantu ????
Potret manusia yg seakan-akan memandang & menjeling ke arah tuannya.
Ada yg berpendpt, potret berwajah manusia sebenarnya mempunyai roh & bernyawa.
Jadi, jgn dipandang remeh akan kehadiran "mereka" ni di rumah anda !!


Masyarakat Britain percaya , sesiapa yg menggantung potret yg berwajah sayu, sedih @ menakutkan boleh disumpah oleh potret tu.
Kejadian ni benar-benar terjadi kpd sepasang suami isteri yg rumah mereka terbakar disebabkan sekeping potret.

Jangan tgk lama-lama kalau anda seorang yg penakut.


Pada suatu pagi, kira-kira 20 thn lalu, penduduk sekitar bandar perlombongan South Yorkshire gempar apabila terbaca tajuk cerita "Sumpahan Budak Menangis" keluaran akhbar tabloid 'Sun' di muka surat 13 edisi 4 September. Ia menceritakan bagaimana Ron & May Hall yg menyalahkan pelukis jalanan yg melukis potret anak kecil sedang berjuntaian air mata di pipi. Potret itu dikatakan 'marah' kerana memberi inspirasi sedih kpd 'nya' lalu menyumpah mereka dgn membakar rumah pasangan tersebut. Api bermula dari dapur rumah pasangan itu yg telah diduduki mereka sejak 27 thn lalu. Ia merebak dgn pantas & memusnahkan tingkat bwh rumah. Peliknya, potret menangis budak kecil itu sedikitpun tidak 'terbakar'.

Sunday, January 16, 2011

** Belayar Atas Jambatan **

Sungai yang dibina merentasi Sungai Elbe & menghubungkan bekas Jerman Timur & Barat ini mengundang pelbagai persoalan.
Ahh ! tak kisah laa persoalan apepun..


Jambatan ni mengandungi air & di bawahnya pula terbentang sungai yg luas.
Di kiri kanan jambatan dibina laluan pejalan kaki.
Kalau berkunjung ke sini, jgn lepaskan peluang ye bersiar-siar smbil menaiki kapal belayar di atas jambatan yg dipenuhi air yg dh mcm terusan ni.

Semua ni hanya dapat disaksikan di Bandar Magdeburg, dekat Berlin, Jerman je..

Jambatan yg menelan belanja 500 juta euro & panjang 918 meter ni ambil masa selama 6 thn utk disiapkan..
Avios ! :D

++ Bayi Terkecil Di Dunia ++

Kecil sungguh bayi ini.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa membenarkan bayi sekecil ini dapat hidup walaupun baru berusia 22 minggu.
Amilia Sonja Taylor, dilahirkan pada 24 Oktober lalu selepas hanya berusia 22 minggu di dalam kandungan ibunya.
Bayi ini sudah tak sabar lagi hendak melihat dunia.
Kini anggaran beratnya 4.5 paun.
Pada mulanya doktor ingin membenarkan Amilia keluar tapi terpaksa menahannya di saat-saat akhir.
Semasa dilahirkan ukuran Amilia ialah antara 25-26 inci panjang dan berat 10 aun.
Setakat ini, Amilia merupakan bayi pra matang paling muda yang dapat bertahan, dilahirkan hanya selepas berada di dalam kandungan ibunya selama 21 minggu dan 6 hari.
Bayi pra matang yang dilahirkan sebelum ini berusia 23 minggu.
Purata usia bayi dalam kandungan sebelum cukup matang untuk dilahirkan adalah antara 37 hingga 40 minggu.
Keluarga Amilia sudah tak sabar untuk membawanya pulang walaupun keadaan kesihatan Amilia kurang memberangsangkan.
Dia menghidapi masalah otak, respiratori dan sistem pencernaan. Tapi Amilia mempunyai juang yang tinggi untuk hidup.


Amilia (1 thn) & ibunya..

Thursday, January 13, 2011

~ Kembar Tapi Tak Seayah ~


Seorang lelaki menuntut cerai setelah mengetahui dia bukanlah ayah kpd bayi kembar yg dilahirkan isterinya. Liu Yan, yg tinggal di kota Nanjing, China terkejut kali pertama melihat bayi kembarnya. Kedua bayi kembarnya ada perbezaan. Bayi pertama yg keluar jauh lebih besar berbanding bayi kedua. Bayi keduanya lebih lemah dan selalu sakit-sakit. Berbeza dengan sifat Liu Yan, seorang yg sihat & tegap. Dia berasa pelik. Lalu timbul perasaaan curiga di hati. Apatah lagi setelah pemeriksaan darah dilakukan, ternyata tidak sepadan dengan darah Liu Yan. Baru dia tahu sebenarnya dia hanyalah bapa kpd bayi yg lebih besar itu sahaja. Isterinya mengaku bahawa dia pernah melakukan hubungan sulit dengan bekas teman lelakinya walaupun mereka telah bernikah. Doktor mengatakan kejadian ini aneh & jarang sekali berlaku.. Ia berkemungkinan terjadi ketika sperma si suami mampu bertahan selama 72 jam di dalam tubuh si isteri. Hurm.. Moralnya, jangan main kayu tiga akhirnya pecah tembelang.

Wednesday, January 12, 2011

Irwan-Zaskia membilang hari ?????




Penyanyi lagu Pencinta Wanita, Irwansyah sedang membilang hari untuk disatukan dengan tunangnya, pelakon dan penyanyi muda Zaskia Sungkar.

Khabarnya akan bernikah di Masjlid Albina, Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta pada 15 Januari ini. Irwan menghantar rombongan meminang Zaskia di rumah keluarga wanita itu pada 8 Disember lalu.

Mereka mengadakan majlis sederhana tetapi tetap meriah. Apalagi mestilah ramai artis popular turut serta menjadi tetamu undangan mereka.

Foto-foto pre wedding mereka yang dirakam sebelum ini sudah banyak tersebar di Internet. Kelihatan mereka pasangan yang secocok.







Irwan pernah menjadi kegilaan remaja di Malaysia apabila filem Heart mendapat sambutan hangat di sini. Apatah lagi dia menjalin huibungan istimewa dengan heroinnya Acha Septriasa.

Tapi hubungan mereka tidak berkekalan dan membawa haluan masing-masing..

Hurm.. Dah bkn jdoh dia dgn Acha..

Semoga Irwan & bakal isterinya bhagia smpai ke ank cucu..

Semoga hubungan anda kekal smpai bila-bila ye..

Tak nak gadoh2

ok ! Avios (^_^)

Tuesday, January 11, 2011

Tunai Umrah, Fouziah Gous Mohon Diberi Petunjuk

Diberi kelonggaran mengerjakan umrah tika krew produksi lain bertungkus lumus menyudahkan drama Trilogi Cinta, bagi Fouziah, pemergian kali kedua ini bagi memuaskan keinginannya yang begitu kepingin menunaikan umrah di bulan Ramadhan.

"Waktu dapat tawaran Trilogi Cinta saya mahu menolaknya sebab waktu shooting empat bulan pasti akan menghalang saya pergi umrah. Namun mereka beri kelonggaran dan memahami niat saya. "Dan buat pertama kalinya saya dapat respon yang sangat memberangsangkan menerusi watak Norjinah. Bakat saya menyerlah dalam Trilogi Cinta. Watak ini memberi impak yang kuat sehinggakan terbawa-bawa sehingga ke luar set. Rasa bertuah kerana cadangan saya untuk mengenakan tudung dalam drama ini diterima.

"Sekarang masanya untuk saya memilih watak yang dapat memberi kebaikan kepada kerjaya dan diri. Jika dulu saya akan ambil semua tawaran kerana penting untuk proses pembelajaran. Apa yang penting saya akan elak watak seksi," ujarnya.

Mengerjakan umrah bukan sekadar suka-suka. Panggilan untuk kembali ke Tanah Suci sering mendesak diri. Berkali-kali kesyukuran dipanjatkan atas segala kemudahan yang dikurniakan sepanjang berada di sana.

"Memang puas sangat balik dari umrah. Alhamdulillah tak banyak dugaan, malah perjalanan saya dipermudahkan. Kali ini saya pergi berseorangan, niat di hati nak bawa mak tapi ayah sakit. Banyak juga doa yang dikirim kawan-kawan yang harus disempurnakan. Untuk diri sendiri, saya hanya memohon agar dipercepatkan jodoh, maklumlah umur sudah 28 tahun.

"Sekarang dalam lakonan juga saya banyak tampil bertudung. Saya juga berniat untuk mengenakan tudung namun biarlah niat ikhlas itu datang daripada hati. Saya juga tak mahu bertudung semata-mata kerana berkahwin. Sebagai manusia, kita tahu dosa dan pahala, namun kita semua alpa. Saya mohon diberi petunjuk," ujarnya yang membawakan watak Norjinah dengan berkesan sekali.

Hurm.. Alhamdulillah..
Mudah-mudahan dia mendapat hidayah drpd Allah S.W.T
Amin..

Bagi yang kepingin melihat keayuan Fouziah Gous bertudung dan digandingkan bersama hero Malaya, Rosyam Noor, saksikan Trilogi Cinta setiap Ahad dan Isnin pada jam 10.00 malam hanya di TV1.

Maher Zain mula berkontroversi ???


Kedatangan kali keduanya hujung tahun hingga 1 Januari lalu dikatakan membawa impak kontroversi apabila dia tidak muncul dalam progam bual bicara pagi, Nasi Lemak Kopi O di stesen TV9.
Hurm.. betul kah ???
Adakah dia bermasalah utk bangun pagi @ ada sebab lain ???

Kata Maher :

"Pasal ketidakhadiran saya di TV9 tu... sebenarnya ia masalah salah faham. Saya tidak tahupun pasalnya. Saya ingatkan ia dijadualkan pada hari lain. Saya meminta maaf kepada semua pihak pasal hal ini. Bukan kerana saya tak boleh bangun pagi.

"Saya tak ada masalah untuk bangun pagi, tapi saya memang ingatkan program itu pada hari lain."



Hanya salah faham


Diajukan pula soalan adakah Maher seorg yg materialistik ????

Memang tidak dinafikan setelah beliau mengadakan beberapa persembahan showcase amal sebelum ini telah mendapat sambutan yg menggalakkan.

Kata Maher lagi :

"Sama ada saya mementingkan wang berbanding berdakwah, itu isu di antara saya dengan Allah. Saya boleh kat ya dan kata tidak, tapi sebenarnya ia di antara saya dengan Allah.

"Semesinya saya mengatakan tidak kalau itu ditanyakan kepada saya. Saya ke sini sebab saya memang sukakan Malaysia sebagaimana yang saya katakan sebelum ini.

"Orang di sini mengalu-alukan kehadiran saya dan saya rasa senang di sini," jelas Maher.

Da agak da..

Niat Maher ni memang baik.. janganlah kita cpt buruk sangka..

Don't judge a book by it's cover.. tak gitu ???

Memang kedtgn Maher dialu-alukan.. (termasuklah sy)

(^_^) Avios !


Sunday, January 9, 2011

@_ Cuti-cuti di Thailand _@

Hai semua..
Entri hari ni tentang percutian sy di Thailand
Memang best bercuti kt sana..
Jalanraya d sana tk sesak mcm d negara kita
Satu tangki pn tk abis smasa bercuti d sana
Nk tahu sbb ape ???
Jalannya tk ada bengkang bengkok,
Tk naik bukit.. Jalannya lurus aje
Hmm..Here's some pictures utk d kongsikan..

Tut Tut
Inilah tut tut..
Tut tut ni mcm bas la kt sana



Pantai Karabi ???
Bkn laa..
Ni laa Pantai Samila..


Pyung terjun
Haha.. Memg best.. teringin nk naik
Teringin dlm hati je la..
Biase laa takot tinggi.. (haha)


Samila Aquarium
Ahh.. adkku mmg cmel..
Huhu..


Makanan kt sini memg sedap..
Diorg ske guna sayur kailan
utk buat nasi goreng..
I like it.. (^_^)








Pantai Samila, Songkhla
Pulau ape kt dpn tu sy pn tk tahu..


Jom laa jalan2 kt sana
If korang nk bli brg kt sana
kne pandai tawar harga..
tp jgn tawar harga kt pasaraya pula ye
ada byk bazaar kt sana..
Lpas ni sy nk pegi sna lagi..
mungkin d Phuket..
Yg pasti sy akn menuju ke Pantai Karabi
>

Saturday, January 8, 2011

:-: Ladang Anggur Tasik Beris :-:

Nak tahu tak ???
Ladang Anggur Tasik Beris terletak
di Sik, Kedah..

Ladang Anggur Tasik Beris

:: Khasiat Anggur ::

~Dpt menyembuhkan pelbgai pnykit cnthnya tekanan drh tinggi,
lemah jantung & masalah kulit.

~Mengandungi antioksidan yg bertindak sbg pelindung sel
dari radikal bebas penyebab pnykit degeneratif
sprti pnykit jantung.

~Mengandungi vitamin C, B6, K & B1.

~ Dpt menyembuhkan luka & meningkatkan imunitasi.

::: Taman Negara Pahang :::

Salam semua..

Tahukah anda...
di mana letak nya taman negara ni??
Mesti la di KualaTembeling , Pahang..

Apa yg menarik kat sini yer..
tgk nie..


Canopy Walkway
@
Titi Gantung
Ini lah titi gantung yg terpanjang di dunia..500m
di ketinggian 40-50 m dari paras tanah.
kalu nak jalan atas ni..kena jarakkan sejauh 5mtr di antara org ln ( jalan sorang2x dlu)
sgt gayat...di kelilingi pokok2x hutan yg bsr.fuhhh...!!!!