Thursday, October 6, 2011

Inginkan bibir menawan ?? Sini ada caranya

Assalamualaikum semua...
Whoaaa dah lama sangat tak update... huhu
Today feels so excited
Haha! tak tahu kenape ^_*
Hari ni cyda nak kongsi dengan semua orang bagaimana nak peroleh bibir yang menawan

gambar hiasan

Berikut cyda list beberapa panduan untuk memiliki bibir menawan :

1) BANGUN PAGI
~ Pastinya ramai inginkan bibir yg lembut dan bebas dari sebarang kulit mengelupas dan kering... betul tak ?? so caranya - 'berus' bibir anda setiap pagi dengan berus gigi bayi yang lembut dan kemudian sapukan bibir anda dengan pelembap bibir. Malah sebelum memakai lipstik, anda boleh mengambil kain bersih yang lembap dan dengan lembut gosokkan pada bibir untuk 60 saat. (cyda salu gosok bibir jugak tau.. hehe)

2)
SEBELUM TIDUR
~ Anda perlu memakai krim pelembap pada bibir. Lakukan secara tetap setiap malam dan anda akan bangun setiap pagi keesokannya dengan bibir yang lebih lembut.

3)
SETIAP HARI
~ Cuba untuk hindarkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari. Pancaran cahayanya terdorong untuk menyerap kelembapan bibir anda dan membuatkan ia kering.

Jika anda perlu berada di luar, gunakan lipstik 3 dalam 1, iaitu lipstik yang lengkap mengandungi pelembap dan juga pelindung sinar mentari.


Maka dengan itu sekian lah entri untuk hari ni...
Harap korang amalkan ape yang cyda dah kongsikan nie... Huhu..
ADIOS ! ^_*

Wednesday, July 27, 2011

Petua Belajar Cara Betul Mengikut Kefahaman Islam

Assalamualaikum...
Entri cyda kali ni khas buat pelajar sekolah terutama bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti STPM, SPM, PMR dan UPSR.
Petua ni cyda dapat daripada Dr. Nurhisham melalui ayah cyda.. =)
Kenapa melalui ayah cyda ?? Hurm, tak yah tau lah..
Yang penting anda yang sedang membaca ini akan mendapat sedikit petua dari cyda...
^_^ cyda harap anda semua akan suka ye

gambar hiasan


Antara petua belajar cara betul mengikut kefahaman Islam ialah :

1) Membaca buku hanya dalam masa 45 minit dan tidak boleh melebihinya kerana konsentrasi akan hilang jika melebihi lebih daripada 45 minit. Selepas membaca rehatlah lebih kurang dalam 10 - 15 minit. Kemudian barulah menyambung semula membaca buku.

2) Jangan membaca buku sambil makan ! Ini menyebabkan kita hilang focus membaca.

3) Tidak boleh makan makanan segera contohnya : mi segera, keropok segera dll kerana makanan segera mengandungi bahan pengawet yang tidak bagus untuk pembesaran.

4) Tidak boleh makan makanan yang berat selepas pukul 10 malam. Hanya boleh makan makanan yang ringan sahaja seperti roti dll.. Kuantiti yang diambil pula tidak boleh banyak, sekadar mengalas perut sahaja. Kalau nak makan makanan yang berat seperti nasi, makan sebelum pukul 8 mlm ye, ^_^

5) Yang ini khas buat ibu bapa ~ sumber pendapatan yang diperolehi mestilah halal dan bersih kerana ianya akan memberi kesan kepada sesebuah keluarga iaitu keberkatan daripada Allah S.W.T

6) Untuk pelajar sekolah rendah, mereka harus tidur sebelum pukul 10.30 malam. Manakala pelajar sekolah menengah harus tidur sebelum pukul 11.30 malam. Ingat ! samaada mereka siap kerja sekolah atau tidak, mereka harus tidur sebelum waktu yang telah ditetapkan. Setelah itu, bangunlah semula pada pukul 3.30 / 4.oo pagi untuk membaca atau menyiapkan kerja sekolah. Pada waktu tersebut amatlah afdal untuk membaca buku kerana keadaannya yang sunyi sepi membolehkan kita focus pada bacaan kita.

Itu sahaja petua yang cyda dapat.. Sekian dari cyda.. Wassalam =)

Yang penting :

mata ~ focus pada bacaan.

hidung ~ kita boleh hidu apa yang kita baca, bukan hidu buku tu ye.. hehe. maksudnya kita faham apa yang kita baca.

mulut ~ membaca hanya kita sahaja yang mendengarnya.

telinga ~ mendengar mulut membaca dengan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan sehingga tidak mendengar apa pun.

Sunday, July 17, 2011

~ Pamukkale ~

Assalamualaikum..
Hari ni post cyda tentang Pamukkale..
Apa itu Pamukkale ??
Pamukkale ialah nama sebuah tempat di negara Turki.
Pamukkale ini kalau tengok dari jauh seperti diselaputi salji.. Tetapi tidak sebenarnya !!



nampak macam salji kan ?? menarik !



Pamukkale, yang bermaksud "istana kapas" dalam bahasa Turki, adalah sebuah laman semula jadi di Negeri Denizli di barat daya Turki.
Ia dikatakan terjadi kerana berlaku gempa bumi.
Lalu ia digelar 'istana kapas'.
Setelah dikaji, ia mengandungi kalsium dan mineral..
Air yang mengalir ialah air panas yang bagus untuk kesihatan.
Pamukkale diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia kerana bentuk dan fizikalnya sangat menarik dan ianya sangat bermanfaat..
Subhanallah !! Sungguh menarik sekali..
Inilah ciptaan Allah pada kita..
Ianya sangat indah dan menakjubkan..
Sebelum cyda undurkan diri, cyda sediakan gambar tambahan di bawah..
Adios ^_*


*Opps !! lupe nak bagi tahu, memakai kasut di dalam air adalah dilarang..





Subhanallah ! menakjubkan



kt bawah tu kolam buatan manusia..
yg tghnye ade rumput hijau tu



air panas



tak sangka wujud tempat macam ni.. O.o



Pelawat dilarang memakai kasut untuk melindungi deposit.



kaya dengan kalsium dan mineral



macam salji kalau tengok dari jauh

Thursday, July 14, 2011

Puisi Dari Seseorang Untuk Seseorang

Aku mengerti bahwa kamu bukan untuk kehidupanku saat ini

Tapi mengertikah kamu, berpisah denganmu telah membuat hatiku terluka

Aku tidak akan berharap lagi suatu saat kamu jadi milikku

Aku mengerti akan kehidupan barumu disana, dan akan kubiarkan

Hanya akan menjadi kenangan bagaikan lukisanmu tertancap dalam hatiku

Kamu telah melangkah jauh dari kehidupanku seperti nyanyian malam dalam hutan

Tapi mengertikah kamu, kebaikanmu saat itu seperti lautan biru tertidur menyejukan

Dan Aku mengerti, sekarang aku sudah tidak merasa perih lagi

*Lembur Kuring

Tuesday, March 8, 2011

R2 the best... I like !!!

R2 minggu ni memang lawak..
Cyda suke lawak diorang..
Hope korg pn suke jugak ye..
Layanzz jom :DD


Ada aku kesah... !!!

Haa..
Tajuk raja lawak minggu ni.. ADA AKU KESAH ??
Waa.. i like !!!
Nampaknya lawak dia kali ni memang betol2 lawak..
Jom layanzz.. :DD


I love U... !! Just beat it.. !!! HAHA

Salam semua..
Agak lama cyda tk update belog..
Rindunya pda teman2 belog.. huhu
Haa.. video kat bawah ni rancangan favourite cyda
Coz.. cyda sukakan lawak komedi
Contohnya raja lawak ni laa
Boleh hilang tension bila tengok diorang buat lawak..
Apepun.. jom kite layanzzz sje ea
Avios!!! ^_^